Thursday, October 28, 2010

Hilangnya Seorang Sasterawan Negara





Negara kita kehilangan seorang lagi tokoh sasterarawan negara apabila Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan pulang ke rahmatullah pada jam 12.05 tengah malam di Hospital Serdang.  Sasterawan Negara yang ke-9, S. Othman Kelantan, 69, meninggal duniatengah disebabkan serangan sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah. Khabarnya, akan dikebumikan tanah perkuburan di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Arwah yang pernah menulis novel “Juara” dan diadaptasikan oleh U-Wei Shhari kepada filem “Jogho” adalah tokoh yang memperjuangan sastera dan bahasa Melayu sejak dari zaman mudanya.
Dalam ucapan penerimaan Anugerah Sastera Negaranya pada 2003, arwah ada menekankan betapa pentingnya PPSMI dikembalikan ke dalam bahasa ibunda iaitu, bahasa Melayu.
Ia merupakan suatu kehilangan besar kepada dunia penulisan dan perjuanganmemartabatkan bahasa Melayu.
Inna-lillahi-wainna-ilaihiro’ji’uun. Al-Fatihah!

Wednesday, October 27, 2010

Nukilanku untukmu S Othman Kelantan


Kesan


Kau melangkah pergi tanpa kata
kemanakah?

Meraung tanpa luntur kata
tanpa arah, tanpa jalan, tanpa kau
berdiri teguh di sini bertanda noktah
kau masih berjalan pergi
kemanakah?

Propaganda yang dibawa mencetus idea
melangkah satu persatu ke hadapan
memberi nikmat satu pemikiran
mengapa kau tidak berhenti
kemanakah?

Tak kala disini aku menunggu
melihat awan bertembung langit
seakan timbul kesan pada langkahmu.

BENYAMIN CHE ISMAIL
UM, Kuala Lumpur.

Orang Kota Bharu - S. Othman Kelantan




Membaca novel 'Orang Kota Bharu' ini seperti terasa membaca buku-buku sejarah. Buku sejarah mengenai tempat yang diberi nama Kota Bharu. Kota Bharu duduknya dalam negeri Kelantan. Negeri kelahiran penulis, S. Othman Kelantan sendiri.
        Penulis berjaya menggambarkan tentang Kota Bharu kepada warga pembaca dengan baiknya. Setiap sudut dan ruang dalam tanah Kota Bharu ini seolah-olah berada di hujung pena penulis. Begitu rinci penulis menceritakan hal Kota Bharu ini.
Novel ini merakamkan tentang kehidupan orang Kota Bharu. Ia tidak terikat dengan satu jenis cerita, tidak tersimpul pada satu-satu keluarga. Ianya tentang orang Kota Bharu. Ceritanya dari bab ke bab tiada berkaitan. Ianya terpisah. Bukan kisah sesuatu orang itu yang hendak diceritakan, tapi novel ini membawa kita masuk ke dalam masyarakat Kota Bharu itu sendiri. Seperti terasa membaca cerpen-cerpen yang disatukan di dalam sebuah novel.
        Dari orang perseorangan, dari peniaga-peniaga, dari ceredung-ceredung (remaja-remaja), dari kisah politiknya, dari kisah perayaannya, dari kisah bahnya (banjir), dari kisah kemerdekaan negara, semua peristiwa-peristiwa itu diceritakan dari dalam Kota Bharu.
Kisah-kisah yang umumnya berkaitan dengan Malaysia, seperti kemerdekaan dan pilihan raya, digambarkan dengan secara khusus suasana ketika itu di Kota Bharu. Bagaimana penduduk-penduduk Kota Bharu mendepani krisis-krisis yang berlaku.

Epilog Suatu Perjuangan ~ S. Othman Kelantan

Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.

Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.

Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?

Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka
epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.

S.OTHMAN KELANTAN
UPM, Serdang.

Tuesday, October 26, 2010

Filem Jogho : Adaptasi dari Novel "Juara"


Filem "Jogho" adalah merupakan adaptasi dari novel terkenal yang ditulis oleh S. Othman Kelantan yang bertajuk "Juara". Juara bermaksud seorang "pembasuh" laga lembu yang mana menjadi suatu permainan yang diminati oleh masyarakat Siam pada masa itu. Filem ini menceritakan konflik yang berlaku antara "jogho-jogho" lembu sehingga menimbulkan ketidakpuashati sampai ada yang sanggup berbunuhan. Pak Mat adalah watak utama yang mana dalam filem ini menaruh dendam terhadap pembunuh "abangnya" Lazim. Maka berlaku la konflik sehingga Pak Mat habis membalas dendam


KRITIKAN SASTERA DI MALAYSIA : FAKTOR PENYUMBANG





Perkembangan terkini kritikan sastera di Malaysia sangat relatif kepada beberapa perkembangan baharu seperti kemunculan teori sastera Melayu, kemunculan lebih ramai tokoh pengkritik sastera, kerancakan kegiatan penulisan kritikan dan kerancakan aktiviti wacana teori. Perkembangan ini telah membuka lembaran baharu bidang kritikan sastera Melayu di negara ini. Setelah melalui tiga tahap perkembangan, usia sejarah kritikan sastera Melayu (jika diambil kira tahun 1935) kini melebihi 70 tahun. Usia ini menggambarkan kesediaan kritikan sastera Melayu memasuki era pemantapan yang akan menceriakan daerah kematangannya pada masa-masa hadapan.
Selain daripada beberapa perpembangan yang disebutkan, kesedaran Islam juga menjadi satu faktor penting yang mempengaruhi kegiatan kritikan sastera di Malaysia. Para pengkritik yang mempunyai asas agama yang kuat lebih cenderung menggunakan teori-teori sastera berteraskan agama untuk melakukan kritikan. Contohnya Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan dan S.Othman Kelantan. Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh kritik wanita seperti Ungku Maimunah Tahir (Foto, kanan di atas), Samsina Abdul Rahman dan Noriuah Taslim yang memanfaatkan pendekatan tauhid dalam kritikan sastera.Perkembangan terkini kritikan sastera di Malaysia sangat relatif kepada beberapa perkembangan baharu seperti kemunculan teori sastera Melayu, kemunculan lebih ramai tokoh pengkritik sastera, kerancakan kegiatan pePerkembangan terkini kritikan sastera di Malaysia sangat relatif kepada beberapa perkembangan baharu seperti kemunculan teori sastera Melayu, kemunculan lebih ramai tokoh pengkritik sastera, kerancakan kegiatan penulisan kritikan dan kerancakan aktiviti wacana teori. Perkembangan ini telah membuka lembaran baharu bidang kritikan sastera Melayu di negara ini. Setelah melalui tiga tahap perkembangan, usia sejarah kritikan sastera Melayu (jika diambil kira tahun 1935) kini melebihi 70 tahun. Usia ini menggambarkan kesediaan kritikan sastera Melayu memasuki era pemantapan yang akan menceriakan daerah kematangannya pada masa-masa hadapan.
Selain daripada beberapa perpembangan yang disebutkan, kesedaran Islam juga menjadi satu faktor penting yang mempengaruhi kegiatan kritikan sastera di Malaysia. Para pengkritik yang mempunyai asas agama yang kuat lebih cenderung menggunakan teori-teori sastera berteraskan agama untuk melakukan kritikan. Contohnya Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan dan S.Othman Kelantan. Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh kritik wanita seperti Ungku Maimunah Tahir (Foto, kanan di atas), Samsina Abdul Rahman dan Noriuah Taslim yang memanfaatkan pendekatan tauhid dalam kritikan sastera.nulisan kritikan dan kerancakan aktiviti wacana teori. Perkembangan ini telah membuka lembaran baharu bidang kritikan sastera Melayu di negara ini. Setelah melalui tiga tahap perkembangan, usia sejarah kritikan sastera Melayu (jika diambil kira tahun 1935) kini melebihi 70 tahun. Usia ini menggambarkan kesediaan kritikan sastera Melayu memasuki era pemantapan yang akan menceriakan daerah kematangannya pada masa-masa hadapan.
Selain daripada beberapa perpembangan yang disebutkan, kesedaran Islam juga menjadi satu faktor penting yang mempengaruhi kegiatan kritikan sastera di Malaysia. Para pengkritik yang mempunyai asas agama yang kuat lebih cenderung menggunakan teori-teori sastera berteraskan agama untuk melakukan kritikan. Contohnya Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan dan S.Othman Kelantan. Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh kritik wanita seperti Ungku Maimunah Tahir (Foto, kanan di atas), Samsina Abdul Rahman dan Noriuah Taslim yang memanfaatkan pendekatan tauhid dalam kritikan sastera.

Abdul Samad Said, Shahnon Ahmad dan Arena Wati: Ketegaran Cerita Pendek dan Novel Melayu Malaysia


Selepas Keris Mas, A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Arena Wati dapat dianggap menjulangkan pencapaian novel Melayu mutakhir. A. Teeuw pernah menamakan novel Salina oleh A.Samad Said dan Lingkaran oleh Arena Wati mencapai tingkat internasional. A. Teeuw dalam sebuah prasarannya di Universiti Malaya pada awal 1960-an memberikan kritiknya yang tajam terhadap prosa Angkatan 50 yang diketuai oleh Keris Mas sebagai cerita yang ditangkap oleh kamera murah (cine camera).
Kedalaman perwatakan kurang meyakinkan, hanya dilukiskan secara hitam putih, pergerakan cerita dan pelukisan alam dan konflik kurang berkesan. Tetapi ini lain lagi yang didapatinya apabila berhadapan dengan watak dan perwatakan yang mewarnai Salina oleh A.Samad Said. Perwatakannya hidup dan persoalan kemanusiaannya yang dibawa oleh Salina, Zulfakar, Nahidah dan Hilmi berdarah dan berdaging. Konfliknya ternyata menarik minat dan rfelevan jika dibandingkan dengan novel-novel barat yang kontemporer.
 Bayangkan sahaja Salina dihasilkan oleh A.Samad Said yang baru berusia 20 tahun ketika itu, dia menjadi Kerani (clerk) di sebuah Hospital di Singapura. Setting atau lokasi tempat cerita berlaku adalah di Kampung Kambing, di mana Salina seorang pelacur tinggal bersama kekasihnya Zulfakar. Salina selalu diteror oleh kekasihnya itu. Tetapi dia simpatik kepada Hilmi dan ibunya yang miskin. Hilmi sedang belajar di sekolah Inggeris. Salina membantu dua beranak itu termasuk beaya sekolah Hilmi. Cerita ini berlaku di era Perang Dunia Kedua – pesawat perang Jepang membantai Kota singapura dengan ratusan bom. Mereka para watak itu, India, Melayu, Cina, Benggali, senasib yang miskin dan hina dina berlindung di dalam kubu atau yang mereka sebut shelter. Zulfakar terus memeras Salina dan pada satu kesempatan menodai kesucian Nahidah.
Novel yang tebal inilah yang dihargai oleh A.Teeuw tentang kejujuran, keuniversalan dan versalitet A.Samad Said mempertajam kemampuannya. Tetapi bagi Keris Mas, A.Samad Said jelas ekor kepada Asas 50 yang katanya ikut “mendukung cita-cita Angkatan Sasterawan 50 yang menurutnya ikut “mendukung cita-cita Asas 50, kerakyatjelataannya , mendukung cita-cita kemanusiaannya, menentang kebejatan moral dan sosial – mangsa keadaan yang diakibatkan oleh perang dan penjajahan.” Kreativitas A.Samad Said kian hidup selepas ini dengan novel-novel dalam bahasa Melayu seperti Hujan Pagi dan Daerah Zeni yang mencoba menukilkan alira magico-surrealisme yang dikembangkan oleh pengarang Latin-Amerika Gabriel Garcia Marquez dalam One Hundred Years of Solitude dan Love In The Time of Cholera.
Karya ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan kritikawan Malaysia dan pengkaji luar. Magico-surrealism ini turut digarap dalam teater T-Pinki yang memenangkan Hadiah Sastra Perdana karena keunikan dan kekejapan ceritanya. Naskah drama ini sudah dipentaskan seperti juga puisi Al-Amin turut diadaptasi ke pentas. Kehadiran Arena Wati yang memfokus dunia pelaut sebagai tema induknya juga ikut membuka tabir baru, Lingkaran sebuah cerita antar-etnik yang saling ingin menjatuhkan agar “kuasa” yang berada di tangan Melayu itu mesti direbut dan sengkokolan antara dua etnik lainnya, digambarkan melalui permainan catur dan juga pakatan-pakatan dalam pelayaran. Selepas novel ini, Arena Wati menghasilkan sekurang-kurangnya enam novel “besar” yang ,mendapat sambutan pembaca tempatan antaranya Armageddon, Sebuah Trilogi Tiga Genre.
Shahnon Ahmad, yang juga profesor emeritus takdapat dilupakan dengan mahakryanya Ranjau Sepanjang Jalan yang menggali ke in ti umbi kemiskinan petani Jeha dan Lahuma dan keluarganya. Padinya yang sedang menanti masak, itu tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta dan memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri kakinya oleh duri nibung hingga membusuk. Dan Jeha berkorban jiwa raga merawat penyakit Lahuma yang gawat itu. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn diangkat sebagai salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Kalau begitu novel Melayu pernah sampai ke “Danau yang berkilau” itu. Novel ini juga pernah diterjemah ke beberapa bahasa dunia seperti Sweedish, China, Spanish, French, Russia dan lain-lain.
Selain Keris Mas yang bagus cerita pendeknya, Shahnon juga terbilang dengan cerpennya yang membawa citra kasih sayang dan makna kekeluargaan di desa Banggul Derdap yakni cerita keluarganya, ibunya, bapanya, adiknya, Pak Long, Mak Long dan suku sakatnya yang lain dirangkai menjadi kisah yang meangasyikkan. dialog secara kekampungan, pekat dengan dialek Sik di kedah, kita hanya dapat dibantu oleh glosari yang disispkan bagi memahami kan aliran ceritanya: “Al”, “Kalau Ibu sampai Takah Tiga”, “Babi”, “Miting Lagi” antatanya yang kekal dalam ingatan saya. Ada novelnya yang menggarap desa kelahirannya di Banggul Derdap adalah Srengenge dan dua buah novel puitisnya Embun dan Mahabbah,
Novel terakhir ini idealisme kepada halihwal hubungan hamba dengan al_Khaliqnya. Sebagai kolumnis di Dewan Sastera saban bulan Shahnon Ahmad memberikan pencerahan kepada oersoalan di kitaran kreativitas dan memasuki hemisfera mancanegara sama ada di Latin amerika, mahupun di Eropah, di Asia Timur. Semangat yang dilontarkan oleh tiga tokoh pengarang Melayuyang sudah diangkat menjadi Sastrawan Negara Malaysia ini. amatlah mengagumkan. Novel-novel Shahnon, Arena Wati dan a.Samad Said saya yakin mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei Darussalam, Singapura dan Selatan Thailand. Karya mereka tidak syak lagi menjadi bahan kajian pada peringkat Universitas loka dan internasional.
Ada dua nama sastrawan Negara Malaysia Noordin Hassan dan S.Othman kelantan juga dala kekhasan persoalannya. Noordin Hassan dikenal dengan teater surealistik seperti Bukan Lalalng diTiup angin yang membawa peralihan menarik dari aspek teaterikal dan musikalitas yang mengadun pengaruh lagu alunan Melayu tradisi dari Utara Semenanjung iaitu dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Selepas ini Noordin menggarap tema Islami dengan Teater Fitrah dengan 1400 Hijrah dan Jangan Bunuh Rama-rama dan Cindai. Adalah tipikal teater Noordin mengaun musikal dan berakhir dengan tragedi. S. Othman Kelantanmendalami ikli sosio-politik- ekonomi di kelantan. Juara, angin Timur Laut dan Kota Baru memberikan wawasan tentang kehidupan di negeri Melayu yang masih mempertahankan nilai-nilai ytadisi dan kesenian dan maruah yang dipandang amat sensitive. Harga diri adalah sesuatu yang dipandang tinggi. Tanpa mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tak berarti, nah tunggulah bicara pembunuhanyang menyerang apabila tiba malam gelap dengan senjata yang bernama “Kapak Siam” kapak kecil yang amat tajam dan membunuh
            Walaupun ada gedebe dan dahulunya ada Taman Biaritz Park, dan melihat ribuan para ibu menjajakan kuih muih dan sayur mayur atau barang kemas di Pasar Khadijah di sisi pasar tersebut, namun tempat anak-anak muda dan “orangtua” yang masih muda batinnya berhibur dan berjoget dan berjudi secara iseng-isengan tetapi kelantan selalu dikenal dengan panggilan “Serambi Mekah”. alim ulama dan pahlawan terpandang yangdilahirkannya sejak dahulu seperti Tuk Janggut, Tuk Kenali, Kadir Adabi, Zaki Yaakub dan kini Datuk Haji Nik Aziz selalu menyebabkan anak-anak Kelantan terinspirasi, tawaduk dan kangen dengan semangat kealiman dan kepahlawanannya. Dan kini ramai calon pemimpin dan intelektual putra-putri Kelantan meramaikan institusi penting di Kuala Lumpur. S. Othman Kelantan maklum hal ini dan dia sudahpun mewakili dunianya yang eksotis itu.